SHAH ALAM: Sebanyak 2,460,189 pencari kerja berdaftar dengan portal MYFutureJobs setakat Disember tahun lepas, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 46,000 merupakan pencari kerja dalam kalangan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), 106,000 lepasan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), manakala selebihnya daripada kumpulan lain.
Sim berkata dalam hal berkenaan, portal MYFutureJobs yang dikendalikan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bukan hanya sebagai pusat pangkalan data pekerjaan, tetapi juga sistem dipacu dengan kecerdasan buatan (AI) yang berfungsi memadankan pekerjaan antara majikan dengan pekerja.
"... malah portal ini juga menjadi gedung maklumat yang berpotensi menjadi panduan kepada pembuat dasar, dan orang berkepentingan seperti majikan, pekerja, penyelidik mahupun masyarakat sivil secara amnya tentang pasaran kerja di negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Karnival Kerjaya Kementerian Sumber Manusia MADANI MyFutureJobs OKU dan TVET oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam.
Berkenaan karnival kerjaya selama tiga hari itu, Sim berkata sebanyak 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan melalui penglibatan lebih 100 majikan daripada pelbagai sektor.
Beliau berkata karnival kerjaya itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan tumpuan terhadap golongan OKU serta lepasan TVET, sekali gus menjadi bukti keprihatinan kerajaan dalam mewujudkan pasaran kerja yang lebih terangkum selaras konsep MADANI.
Antara majikan yang terlibat pada karnival yang berlangsung serentak di 11 negeri itu ialah Kementerian Pertahanan (Tentera Udara Diraja Malaysia), Prasarana, Petron, 99 Speedmart, Exchange 106 dan MSM Malaysia Holdings Berhad.
Dalam perkembangan lain, Sim berkata pemerkasaan sektor latihan kemahiran dan TVET mampu meletakkan Malaysia mencapai taraf Ivy League, dibantu dengan kehadiran syarikat-syarikat bertaraf dunia di negara ini seperti Intel, AMD, Hitachi dan Clarion.
"Hari ini kita menjadi tuan rumah kepada syarikat teknologi bertaraf dunia seperti AWS, Nvidia, Ali Baba, Geely, Ericson, Infineon. Justeru, tiada sebab kenapa sektor latihan kemahiran kita tidak boleh dibangunkan ke standard Ivy League," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
Anwar dan Sim (tengah) menyaksikan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman antara CEO Perkeso Datuk Seri Mohammed Azman Aziz dan CEO Usanita Sdn Bhd Datin Seri Adzlina Hasan pada pelancaran karnival kerjaya di Shah Alam, 1 Mac 2024. --fotoBERNAMA
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Lebih 153,000 jawatan kosong diiklankan di MyFutureJobs
Sebanyak 7,638 jawatan kosong ditawarkan menerusi Karnival Penjana Kerjaya anjuran Perkeso.